suria

Influencer parah dibelasah ex-BF! Rupanya kuat cemburu, nak ke tandas pun ikut

Seorang wanita cedera dipukul bekas teman lelaki. Foto ThaiRath

SEORANG pempengaruh media sosial mengalami kecederaan parah akibat dibelasah oleh bekas teman lelaki.

Difahamkan, wanita itu mencari bantuan selepas diganggu berulang kali dan serangan fizikal di tempat kerja.

Kejadian yang menimpa mangsa berusia 31 tahun itu berlaku di wilayah timur Rayong di Thailand.

Mangsa berkata, selepas berkenalan dia baru mengetahui sejarah jenayah lelaki itu, termasuk penyalahgunaan dadah dan kes rogol berkumpulan.

Bagaimanapun, dia memberi peluang kepada lelaki berkenaan untuk berubah. Namun sebaliknya, dia mula menunjukkan tingkah laku ganas.

Menurut mangsa, bekas teman lelakinya sangat cemburu dan pernah mengikutnya ke bilik air pada tengah malam, kerana bimbang dia akan menelefon lelaki lain secara senyap-senyap.

Sikap cemburu itu memuncak menjadi serangan fizikal, menyebabkan kedua-duanya berpisah selepas menjalinkan hubungan selama 10 bulan.

Mangsa melaporkan bahawa bekas teman lelakinya mengganggunya selama lebih setahun berikutan perpisahan mereka.

Dia mendakwa lelaki itu memecah masuk ke dalam rumahnya, mengintainya, membaling botol kaca ke rumahnya, dan menyerang secara fizikal terhadap dirinya dan teman lelaki baharu.

Penguasa Balai Polis Khao Chamao mengambil alih kes itu selepas ia mendapat perhatian media.

Dia berikrar untuk membawa penyerang ke muka pengadilan dan memastikan keselamatan mangsa dan teman lelakinya.

Bagaimanapun, tiada laporan sama ada suspek telah ditahan atau tidak.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang, maka semua harus menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain