SEORANG wanita membuat laporan polis selepas dia mendakwa dirogol anak tiri serta menantu tirinya. Wanita berusia 40-an itu mendakwa kedua-dua suspek turut membuat rakaman video ketika dia dirogol di sebuah kediaman di Kashmir. Dalam laporannya, mangsa berkata dia merupakan isteri kedua kepada seorang pesara pegawai Perkhidmatan Pentadbiran India (IAS). ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki umur 50 tahun rogol bayi, pukul sampai mati... Beri alasan serabut dengar tangisan Sejak awal perkahwinannya, mangsa mendakwa dia sering diganggu dua suspek berkenaan. Selain dirogol, mangsa berkata dia turut dipukul dengan teruk oleh anak tirinya. Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Zon Utara, Abhijit Shankar, berkata siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan. Kes itu didaftarkan di balai polis Indira Nagar di kawasan Ghazipur. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube