suria

58 Banduan Larikan Diri Lepas Cetus Kebakaran

TUNISIA: Seramai 58 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di bandar Sfax, selatan Tunisia lewat malam Khamis.

Menurut Agensi berita rasmi Tunisia, TAP, banduan melarikan diri selepas mencetuskan kebakaran di dalam penjara itu, taktik biasa yang digunakan di negara ini untuk melepaskan diri.

Kebakaran itu bagaimanapun berjaya dikawal dan pasukan tentera terpaksa campur tangan untuk mententeramkan keadaan.

Minggu lepas, seramai 800 banduan meloloskan diri dari penjara di bandar Kasserine dan Gafsa di negara ini. –AP

Artikel Berikut

Artikel Lain