SINGAPURA: Pesawat penumpang Cathay Pacific membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini pada Isnin selepas salah satu enjinnya terbakar.Pesawat A330 yang berlepas ke Jakarta pada pukul 1 pagi itu terpaksa berpatah balik ke Singapura sejurus selepas masalah enjin dikesan. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.Jurucakap Kumpulan Lapangan Terbang Changi, Ivan Tan mengesahkan kejadian tersebut.Jumlah penumpang pesawat terbabit belum dapat dipastikan namun pesawat A330 berupaya menampung sebanyak 200 penumpang.- Singapore Straits Times/ANN