suria

Taliban Serang Pangkalan Tentera Laut, 13 Terkorban

KARACHI: Seramai 13 orang telah terbunuh dan dua pesawat pemerhati musnah dalam satu serangan yang dilakukan oleh puak Taliban ke atas Pangkalan Udara Tentera Laut Pakistan di Karachi.

Kejadian tersebut merupakan serangan terburuk yang dilakukan ke atas pangakalan tentera sejak Oktober 2009.

Pertempuran antara militan dan tentera laut itu berlaku setelah seramai 20 orang militan menceroboh pangkalan berkenaan pada lewat malam Ahad, demikian menurut Menteri Dalam Negeri, Rehman malik.

Jurucakap tentera laut, Komander Salman Ali memberitahu, seorang leftenan dan 10 orang kadet tentera laut terkorban dalam pertempuran tersebut.

Seorang jurucakap paratentera, Farooq Bilal pula memberitahu pemberita seramai 11 orang tentera laut dan dua paratentera terkorban dalam pertempuran itu.

Jurucakap pihak Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan mengaku pihaknya bertanggungjawab di atas serangan itu.

"Seramai 15 hingga 20 orang yang menyerang adalah pengebom berani mati yang dihantar selepas satu perancangan yang rapi," beritahunya kepada pemberita di dalam satu panggilan telefon yang dibuat. -AFP

Artikel Lain