BANGKOK: Tiga orang disyaki militan terbunuh dalam pertempuran dengan tentera di Bukit Budo, Bachok, Narathiwat, di selatan Thailand, Khamis.Seorang jurucakap polis Narathiwat berkata insiden berbalas tembakan berlaku selepas pasukan tentera menyerbu tempat persembunyian kumpulan itu di kawasan bukit pada pukul 2 petang (3 petang waktu Malaysia). Katanya kesemua lelaki itu terbunuh di tempat kejadian dan identiti mereka belum diumumkan.Menurutnya pihak berkuasa turut menemui dua laras raifal M-16, 10 butir bom tangan dan beberapa peluru di tempat kejadian.Lebih 4,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala, sejak tujuh tahun lalu. - BERNAMA