Penyiasat polis memeriksa tempat pembunuhan di daerah Yuma yang mengorbankan lima mangsa.YUMA, Arizona : Seorang lelaki berusia 73 tahun menembak mati peguam bekas isterinya dan empat yang lain di beberapa lokasi berlainan sebelum membunuh dirinya sendiri di sini, Jumaat.Polis daerah Yuma mengenal pasti suspek sebagai Carey Hal Dyess dari daerah yang sama. Peguam yang terbunuh, Jerrold Shelly merupakan seorang peguam yang dikenali dan pernah mewakili bekas isteri suspek dalam kes penceraian mereka dan merupakan salah seorang peguam yang mewakili beberapa remaja lelaki yang menyaman pihak gereja Roman Katolik daerah Tuscon di atas dakwaan seorang paderi mencabul mereka berulang kali semasa mereka masih kanak-kanak.Pihak berkuasa memberitahu, suspek juga membunuh empat orang yang lain di lokasi berlainan dekat daerah Yuma dengan seorang mangsa lelaki dan seorang wanita dijumpai mati dekat sebuah ladang kecil di luar pekan Welton, kata pegawai polis, Sarjan John OteroMayat suspek pula dijumpai mati di lokasi berlainan berhampiran pekan Wellton, 40 kilometer dari timur Yuma.Mangsa lain yang terbunuh belum dapat dikenalpasti identiti dan lokasi di mana mereka dibunuh manakala seorang mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital di daerah Phoenix.Kejadian tembakan itu memaksa pihak berkuasa mengepung sebuah jalan raya di kawasan bandar dan menutup banggunan mahkamah daerah Yuma dan beberapa buah sekolah namun tiada kecederaan dilaporkan di kawasan itu yang kemudiannya dibuka semula.Rekod mahkamah menunjukan Dyess pernah terlibat dalam dua kes mahkamah, satu di Yuma manakala satu lagi di Wellton.Hakim pernah mengeluarkan perintah perlindungan terhadap Dyess dalam salah satu kes terbabit dan menurut seorang kerani mahkamah, perintah tersebut dikeluarkan untuk bekas isterinya.Datuk Bandar, Al Krieger menyifatkan kejadian sebagai satu tragedi buruk terhadap mangsa, keluarga mangsa dan penduduk daerah Yuma. - AP