MANILA: Polis Filipina pada Khamis berkata suspek dalam kes pembunuhan bapa penyanyi pop, Charice Pempengco, telah menyerah diri kepada pihak berkuasa.Ketua polis wilayah Laguna, Gilbert Cruz berkata Angel Capili Jr menyerah diri kepada beliau di rumahnya pada Khamis. Menurut polis, buruh binaan, Ricky Pempengco ditikam dengan pemecah ais oleh seorang lelaki yang mabuk pada Isnin selepas membeli rokok di sebuah kedai dekat Laguna berdekatan Manila.Cruz berkata suspek juga merupakan buruh binaan namun tidak mengenali Pempengco dan menyesal di atas perbuatannya juga bersedia menerima hukuman.. Charice membatalkan kesemua konsertnya dan meminta keadilan dilakukan untuk mendiang bapanya. -AP