suria

Saintis: Kemungkinan Berlaku Gempa Bumi Kuat Di New Zealand Meningkat

WELLINGTON: Para saintis pada Jumaat memberi amaran kemungkinan satu lagi gempa bumi kuat akan melanda bandar Christchurch pada tahun hadapan adalah semakin meningkat.

Christchurch, bandar kedua terbesar di New Zealand sedang menangani kos pemulihan yang bernilai hampir RM50 bilion selepas gempa bumi berukuran 6.3 pada skala ritcher melanda pada bulan Febuari, mengorbankan 181 orang mangsa dan memusnahkan hampir keseluruhan kawasan bandar.

Dalam satu laporan terbaru, saintis kerajaan berkata kemungkinan berlakunya gegaran berukuran 6.0 hingga 6.4 pada skala ritcher dalam 12 bulan akan datang iaitu pertambahan sebanyak 10 perastus sejak ramalan dibuat pada September.

Pengumuman peningkatan kemungkinan tersebut dibuat selepas hanya sebulan unit pengawasan gempa bumi kerajaan meramalkan ia semakin menurun.

"Tiada apa yang berubah dalam bumi untuk meningkatkan kemungkinan berlakunya gempa bumi, cumalah cara pengiraan kemungkinannya dibuat," kata pengurus sebuah badan penyelidikan bencana semulajadi, Kelvin Berryman. -AFP

Artikel Lain