BANGKOK: Pihak berkuasa Bangkok berkata paras air banjir di ibu negeri Thailand itu semakin menurun dan kesemua jalan utama akan kering dalam masa dua minggu.Berita tersebut disambut baik setelah beberapa minggu bencana banjir berlaku di negara gajah putih tersebut yang mengorbankan 564 orang seluruh negara. Banjir yang bermula oada awal Julai tersebut telah menjejaskan lebih 3 juta penduduk dan menyebabkan sektor pelancongan Bangkok terjejas teruk.Pihak berkuasa bandar Bangkok melaporkan dalam laman webnya pada Rabu bahawa situasi banjir yang melanda Bangkok semakin bertambah baik.Gabenor Sukhumbhand Paribatra berkata jalan raya utama Bangkok akan pulih dalam masa dua minggu. -AP