suria

Cadangan Pengampunan Beri Peluang Thaksin Pulang

BANGKOK: Kerajaan Thailand mengemukakan cadangan undang-undang mengampunkan pesalah, satu langkah yang dianggap membolehkan bekas Perana Menteri yang hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra pulang ke Thailand.

Melalui undang-undang tersebu,t Thaksin berpeluang untuk pulang tanpa perlu menjalani hukuman penjara di atas hukuman salah guna kuasa yang dihadapinya, lapor media Thailand pada Rabu.

Pengampunan yang dicadangkan itu dipersetujui kabiner dalam satu mesyuarat pada Selasa, lapor media.

Bagaimanapun pemimpin-peminpin kanan Thailand enggan memberi komen dalam laporan yang tidak memetik sebarang nama tersebut.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra merupakan adik perempuan Thaksin dan didakwa pembangkangnya sebagai orang tengah Thaksin untuk Parti Puea Thai.

Cadangan kabinet tersebut yang akan diserahkan kepada Raja Thailand untuk diperkenan, adalah untuk warga berumur 60 tahun dan ke atas yang menjalani hukuman penjara tiga tahun. -REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain