suria

Baling Bom Tangan Selepas Kalah Judi

COTABATO (Filipina): Seorang lelaki yang kalah dalam perjudian melambung syiling di sebuah karnival di sini bertindak membaling bom tangan kepada penjudi lain, membunuh seorang remaja dan mencederakan 22 orang yang lain, kata polis pada Selasa.

Suspek menjadi berang kerana mendakwa seorang lagi pemain lain di tempat perjudian itu menipunya, kata Ketua Polis tempatan, Inspektor Kanan Jordaen Maribojo.

"Dia mencari seorang lelaki yang dikatakan menipunya dan apabila terlihat lelaki itu di tengah-tengah tenpat berjudi, dia bertindak membaling bom tangan ke tempat tersebut," kata MAribojo.

Letupan apada Isnin itu mengakibatkan seorang remaja berusia 19 tahun terbunuh manakala 22 orang yang lain yang kebanyakannya terdiri daripada remaja, cedera.

Maribojo berkata bagaiamana suspek yang dapat melarikan diri itu mendapatkan bom tangan tersebut masih tidak diketahui. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain