JAKARTA: Satu kajian baru dibuat berkata penduduk pedalaman Indonesia di Borneo membunuh sekurang-kurangnya 750 ekor orang utan dalam tempoh masa setahun.Kajian tersebut berkata mereka berbuat sedemikian untuk melindungi tanaman mereka dan sebab lain adalah untuk memakan daging haiwan itu.. Penulis utama laporan yang muncul dalam jurnal PLoSOne, Erik Meijaard berkata dia percaya pembunuhan ke atas haiwan tersebut adalah satu ancaman yang lebih besar berbanding jangkaan dibuat sebelumnya.Indonesia menjadi habitat kepada sebanyak 90 peratus daripada 50,000 ke 60,000 ekor orang utan yang tinggal di dalam hutan.Namun hutan yang dibersihkan untuk mendapatkan sumber membuat kertas, pulpa dan dijadikan tanah perladangan menyebabkan orang utan kehilangan habitat semula jadi dan bertembung dengan manusia.The Nature Conservancy dan beberapa oraganisasi lain menemuramah hampir 7,000 orang di 67 buah kampung untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembunuhan yang dilakukan ke atas spesis terancam tersebut. -AP