PESHAWAR (Pakistan): Tujuh orang terbunuh apabila sebuah kapal perang kawalan jauh yang disyaki milik Amerika Syarikat (AS) melepaskan peluru berpandu ke sebuah rumah di barat laut Pakistan pada pagi Selasa, kata sumber rasmi.Serangan tersebut dilakukan di pekan utama kawasan Waziristan Utara, Miran Shah, yang dikatakan menjadi pengkalan anggota Taliban dan Al-Qaeda, kata sumber yang enggan dikenali. Mangsa yang terbunuh didakwa sebagai anggota militan daripada kumpulan Taliban Pakistan.AS melancarkan lebih kurang 200 serangan daripada pesawat tanpa pemandu di wilayah tersebut sejak beberapa tahun lalu yang kononnya didakwa disasarkan kepada anggota Taliban dan Al-qaeda yaneg menentang tentera AS di Afghanistan.AS tidak mengiktiraf program serangan yang dilancarkan Agensi Perisik Pusat, CIA namun pihak rasminya berkata serangan-serangan tersebut telah membunuh beberapa komander kanan A-Qaeda dan Taliban. -AP