suria

Toyota Bakal Lancar Model Hibrid Baru

TOKYO: Pengeluar kereta dari Jepun, Toyota Motor pada Selasa berkata akan menunjukkan satu kereta kompak hibridnya yang jimat minyak di karnival Tokyo Motor Show di tengah-tengah persaingan hebat antara pembuat kereta yang berkejar-kejar menghasilkan kereta mesra alam.

Kereta dipanggil Aqua yang dijual dengan nama Prius C di luar Jepun menwarkan penjimatan minyak dengan keupayaan memandu sejauh lebih kurang 35 kilometer dengan setiap liter petrol dan akan dipamerkan di pameran automobil yang dibuat antara 30 November hingga 11 Disember.

Kebolehan itu menjangkaui keupayaan modelnya sebelum ini, Prius yang mampu bergerak sejauh 32.6 kilometer dengan setiap liter petrol, menjadikannya salah satukereta paling jimat penggunaan petrol di dunia.

Syarikat gergasi automobil Jepun itu bercadang untuk melancarkan kereta dengan lima tempat duduk tersebut pada hujung Disember di Jepun sebelum dilancarkan ke seluruh dunia.

Model hibrid kompak yang ringan itu mempunyai enjin 1.5 liter dengan motor elektrik yang berkuasa tinggi. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain