JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala ritcher menggegarkan wilayah Maluku Utara pada Isnin, demikian menurut ahli metrologi namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.Setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan teruk dibuat di wilayah timur Indonesia tersebut. Gegaran berlaku pada pukul 11.05 pagi waktu tempatan seluas 69 kilometer dan berkedalaman 10 kilometer, kata Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia.Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat merekodkan gegaran berukuran 6.6 pada skala ritcher yang berkedalaman 19 kilometer."Kami tidak menerima sebarang laporan kerosakan. Gegaran turut dirasai di bandar bersebelahan, Ternate," kata jurucakap agensi tersebut, Ajat Sudrajat. -AFP