suria

Parti Pimpinan Suu Kyi Siap Sedia Berpolitik Semula

YANGON: Parti pembangkang pimpinan ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dijangka membuat pengumuman pada Jumaat untuk kembali ke arena politik selepas beberapa tahun diharamkan pemerintah.

Lebih kurang 100 ahli senior Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) akan berkumpul di Yangon untuk membincangkan pendaftaran semula sebagai parti politik.

Penganalisis berkata kemunculan semula NLD akan menambahkan lagi kewajaran dalam kerajaan disokong tentera yang juga akan mengakhiri belenggu politik negara tersebut.

Tindakan itu juga dilihat akan menaikkan lagi nama Suu Kyi selaku pemimpin parti tersebut.

"Sama ada Suu kYi ada atau tidak, kita dapat melihat Myanmar terus berubah. Ini adalah peluang untuknya menjadi sebahagian daripada perubahan tersebut," kata seorang penyelidik dari Institut untuk Pengajian Asia Tenggara di Singapura, Pavin Chachavalpongpun

NLD memperoleh kejayaan dalam pilihan raya pada tahun 1990 namun dihalang junta untuk memerintah.

Suu Kyi yang merupakan pemenang anugerah keamanan Nobel ditahan selama 22 tahun dilepaskan selepas pilihan raya tahun 2010 dan kini sedang merancang untuk memasuki semula arena politik perdana. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain