suria

3,000 Polis Australia Adakan Protes

SYDNEY: Perkarangan bangunan parlimen di sini seolah-olah berubah menjadi lautan biru apabila kita-kira 3,000 anggota polis mengadakan protes bagi membantah perubahan terhadap pampasan yang diberikan kepada anggota yang cedera.

Anggota-anggota polis tersebut kecewa dengan cadangan untuk mengubah Skim Kematian dan Kehilanhan Upaya New South Wales yang akan mengetatkan beberapa bayaran pampasan.

Mereka yang datang dari pelbagai daerah berkumpul di Sydney pada Selasa dan berarak dari Taman Hyde ke parlimen.

Menteri yang terlibat, Michael Gallacher dalam satu kenyataan berkata, kerajaan tetap komited untuk membuat perubahan dalam skim tersebut. - AP

Artikel Sebelum

Wartawan Turki Dibicarakan

Artikel Berikut

Artikel Lain