suria

Wartawan Turki Dibicarakan

ANKARA: Sekumpulan wartawan yang didakwa terlibat dalam rancangan untuk menggulingkan pemerintahan Islam Turki akan dibicarakan selepas ditahan selama sembilan bulan di dalam penjara.

Kes tersebut dilihat sebagai ujian terhadap kebebasan media di Turki.

Kesatuan Wartawan Turki berkata, wartawan penyiasatan, Nedim Sener dan Ahmet Sik serta seorang penulis, Yalcin Kucuk - yang kuat mengkritik kerajaan - adalah antara 13 suspek, yang turut terdiri daripada beberapa wartawan.

Difahamkan, kumpulan hak asasi media antarabangsa akan menghadiri pembukaan perbicaraan tersebut.

Pihak pendakwaan mengatakan, semua suspek itu sama ada dituduh merancang plot bagi menjatuhkan kerajaan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan ataupun membantu rancangan tersebut.

400 orang suspek lagi, termasuk beberapa wartawan telah pun dibicarakan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3,000 Polis Australia Adakan Protes

Artikel Lain