suria

Anggota Tentera NATO Terbunuh Di Selatan Afghanistan

KABUL: NATO pada Isnin, mengesahkan bahawa seorang anggotanya terbunuh dalam serangan bom di selatan Afghanistan.

Pihak bersekutu itu berkata, serangan tersebut berlaku pada Ahad, tetapi tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai kewarganegaraan anggota tentera berkenaan.

NATO lazimnya menunggu pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan kenyataan.

Kejadian tersebut meningkat jumlah kematian tentera asing di negara tersebut kepada 20 pada bulan ini dan sekurang-kurangnya 510 untuk tahun ini. - AP

Artikel Sebelum

Wartawan Turki Dibicarakan

Artikel Berikut

Artikel Lain