BANGKOK: Kerajaan Thailand yang dipimpin oleh adik Thaksin Shinawatra akan mengeluarkan pasport baru kepada bekas perdana menteri itu yang kini hidup sebagai pelarian di luar negara.Thaksin, yang digulingkan oleh pihak tentera pada tahun 2006 telah diberi taraf kewarganegaraan oleh Montenegro tahun lalu selepas pasportnya dibatalkan oleh kerajaan terdahulu. Adiknya Yingluck yang kini memerintah Thailand sedang berusaha untuk mengesahkan kembali kerakyatan Thaksin dengan langkah pertama memperbaharui pasportnya.Menteri Luar, Surapong Tovichakchaikul mengesahkan bahawa kerajaan akan mengeluarkan pasport baru kepada Thaksin dalam tempoh yang terdekat."Jadi saya akan menggunakan kuasa yang ada pada saya selagi ia tidak menyalahi undang-undang untuk mengeluarkan pasport kepada bekas perdana menteri Thaksin," katanya kepada para pemberita.Kata Surapong, mereka tidak perlu mengeluarkan pasport bertaraf diplomatik kepada Thaksin cuma memadai dengan pasport biasa.