KAHERAH: Tiga orang telah disahkan terbunuh manakala 257 orang lagi cedera dalam pertempuran dan pertelingkahan antara penunjuk perasaan dan pihak polis ketika Mesir sedang bergelut dengan pilihan raya umum bebasnya yang pertama selepas kejatuhan Hosni Mubarak Februari lalu.Dua daripada mangsa itu telah ditembak. Ini adalah kejadian ganas yang terbaru selepas protes selama lima hari November lalu mengorbankan 40 orang awam.