suria

17 Terbunuh Dalam Serangan Di Yemen

ADEN: Tujuh belas orang termasuk lima askar dilaporkan terbunuh apabila militan Al-Qaeda bertempur dengan pasukan keselamatan dalam satu serangan ke atas berek tentera di selatan Yemen, Isnin.

Adalah difahamkan, daripada jumlah itu 10 mangsa yang terkorban adalah anggota militan berkenaan, dua anggota kabilah yang menyokong pihak tentera manakala lima lagi mangsa adalah anggota tentera.

Berek tentera yang diserang itu menempatkan Briged Ke-11 Pasukan Perisai Tentera Yemen.

Serangan itu dilakukan pada waktu Subuh.

Serangan tersebut dilakukan selepas pasukan udara membunuh 24 anggota militan Al-Qaeda di selatan dan timur Yemen dalam satu operasi pada hujung minggu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain