suria

Usaha Menyelamat Pekerja Lombong Terpaksa Ditangguhkan

LIMA: Usaha untuk menyelamatkan sembilan pekerja yang terperangkap di dalam lombong tembaga sejak Khamis lalu terpaksa ditangguhkan selama dua hingga tiga hari lagi.

Ketua kabinet kepada Presiden Peru, Ollanta Humala, Oscar Valdes memberitahu pemberita bahawa usaha untuk memasuki lombong tersebut mengambil sedikit masa akibat runtuhan terbaru di dalam lombong Cabeza de Negro yang terletak kira-kira 325 kilometer di selatan Lima.

Pekerja-pekerja tersebut terperangkap pada kedalaman 250 meter selepas beberapa bahagian tertentu dalam lombong tersebut diletupkan.

Mereka yang terperangkap berusia di antara 22 hingga 59 tahun.

Kesemua mangsa turut dibekalkan dengan bekalan oksigen, air dan sup yang dihantar menerusi bantuan tiub besi.

Tiub besi berkenaan turut dijadikan sebagai alat komunikasi di antara anggota penyelamat dan mangsa yang terperangkap.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain