suria

Sistem Amaran Lebih Berkesan Selepas Tsunami 2004 - Pakar

Pegawai-pegawai penjara berdiri di sebelah dinding penjara di Banda Aceh pada 12 April, 2012 selepas ia runtuh berikutan gempa bumi kuat yang melanda pantai barat Indonesia pada 11 April, 2012. Gempa gergasi dari Indonesia menyebabkan rasa panik tetapi sedikit kerosakan, satu kejayaan sistem amaran dan pelan pemindahan yang diperkenalkan selepas bencana tsunami 2004 melanda Asia, kata pakar. Foto AFP / Adek Berry
Pegawai-pegawai penjara berdiri di sebelah dinding penjara di Banda Aceh pada 12 April, 2012 selepas ia runtuh berikutan gempa bumi kuat yang melanda pantai barat Indonesia pada 11 April, 2012. Gempa gergasi dari Indonesia menyebabkan rasa panik tetapi sedikit kerosakan, satu kejayaan sistem amaran dan pelan pemindahan yang diperkenalkan selepas bencana tsunami 2004 melanda Asia, kata pakar. Foto AFP  / Adek Berry
Pegawai-pegawai penjara berdiri di sebelah dinding penjara di Banda Aceh pada 12 April, 2012 selepas ia runtuh berikutan gempa bumi kuat yang melanda pantai barat Indonesia pada 11 April, 2012. Gempa gergasi dari Indonesia menyebabkan rasa panik tetapi sedikit kerosakan, satu kejayaan sistem amaran dan pelan pemindahan yang diperkenalkan selepas bencana tsunami 2004 melanda Asia, kata pakar. Foto AFP / Adek Berry

BANDA ACEH: Gempa bumi berskala besar di Indonesia mencetuskan rasa panik tetapi kerosakan yang sedikit, satu kejayaan dalam ujian sistem amaran dan pelan pemindahan yang diperkenalkan selepas bencana tsunami Asia 2004, kata pakar-pakar, Khamis.

Dalam waktu tegang terhadap ancaman tsunami di seluruh Lautan India pada Rabu, ahli meteorologi Indonesia telah memantau pelampung luar pesisir yang mengukur gelombang, sambil yakin meramalkan bahawa kemungkinan berlakunya tsunami besar adalah minimum.

Satu lagi sistem amaran juga telah berjaya dipertingkatkan sejak tahun 2004 dengan penggunaan telefon pintar dan ledakan media sosial di seluruh Asia, membantu untuk menyebarkan berita pada Rabu ke seluruh negara-negara lain yang terjejas seperti Thailand dan India.

"Sistem amaran awal berfungsi dengan baik," Presiden Indonesia Susilo Bambang mententeramkan rakyat negaranya dalam ucapan yang disiarkan pada hari Rabu.

"Setakat ini, tiada ancaman tsunami."

Indonesia melancarkan sistem amaran tsunami bernilai $130 juta pada November 2008 dalam usaha mencegah berulangnya tragedi seperti bencana tahun 2004, yang mengorbankan kira-kira 170,000 orang di negara kepulauan itu sahaja.

"Kami tahu bahawa tsunami boleh melanda pantai dalam masa kira-kira 50 minit, dan kami telah memantaunya," kata Ketua Jabatan Gempa Bumi di Agensi Meteorologi dan Geofizik (BMKG), Suharjono,

"Kami juga tahu bahagian pantai yang mana perlu diperhatikan," katanya sambil menjelaskan bahawa pelampung menghantar isyarat kepada stesen pemantauan Indonesia dan luar pesisir.

BMKG melaporkan hanya tsunami kecil berukuran 80 sentimeter (31 inci) telah melanda pantai Indonesia, dan laporan itu disahkan oleh saksi-saksi.

"Sistem amaran bertindak balas dengan baik, yang menunjukkan saiz, dari mana ia datang dan berkata ini adalah cetek dan selamat," kata Pengarah Pusat Penyelidikan Tsunami Asia Pasifik di Universiti of New south Wales, James Goff.

Beliau berkata amaran berjaga-jaga pada Rabu adalah "ujian kelayakan" terhadap sistem amaran tsunami Lautan Hindi, satu rangkaian tolok penyukat bertujuan menyukat ketinggian pasang surut, pelampung lautan dalam dan memantau seismik yang yang disempurnakan selepas tsunami 2004.

Suharjono berkata bahawa di Indonesia, data boleh diproses dan disebarkan dalam tempoh tiga minit.

Kerajaan tempatan menghantar maklumat dan bertanggungjawab bertindak ke atasnya.

"Kami menganggap ia berjalan amat baik semalam, berdasarkan laporan perbualan kami dengan NGO dan rakyat," kata Pegawai Pusat Informasi di Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di Jakarta Denis Okello.

Beliau berkata siren bertujuan memberi amaran kepada orang ramai untuk bergerak ke kawasan yang lebih tinggi telah diaktifkan oleh kerajaan tempatan, yang menerima SMS dan emel dari BMKG.

"Kami telah mengambil tindakan segera sebaik sahaja mendapat mesej di telefon dari BMKG," kata Ketua agensi pengurusan bencana barat Aceh, Teuku Ahmad Dadek, sambil menambah beberapa orang di kawasan pantai serta-merta diberi amaran menuju kawasan lebih tinggi.

Dalam sebuah negara dengan jumlah tertinggi di dunia yang menghantar teks melalui telefon - dan pasaran yang paling pesat berkembang di dunia untuk telefon pintar BlackBerry- isyarat telefon juga satu cara penting untuk BMKG menyebarkan amaran.

"Saya rasa sesetengah orang mendapat mesej di telefon, tetapi kami tidak mendapat apa-apa di sekolah kerana talian telefon terganggu untuk beberapa waktu selepas gempa," kata Nunik Nurwanpi, seorang guru sekolah rendah berusia 20 tahun di Banda Aceh.

"Kita semua tahu apa yang perlu diakukan kerana kita telah mempunyai latihan tsunami tetap sejak tahun 2004," katanya, sambil menambah bahawa kanak-kanak dipindahkan dari sekolah dan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi apabila siren berbunyi.

Tidak seperti gempa bumi 2004 dan tsunami, yang memusnahkan semua wilayah Banda Aceh, gempa bumi ini menyebabkan kerosakan minimum kerana pusat gempa adalah lebih jauh luar pesisir, kata Suharjono.

Penduduk berkata bahawa jalan-jalan baru yang lebih luas telah membantu semasa gempa bumi hari ini memudahkan pemindahan.

Tahun lepas, gempa bumi 9.0 skala Richter menyebabkan tsunami dan bencana nuklear di Jepun, membunuh kira-kira 19,000 orang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?