suria

Korea Selatan Cari Serpihan Roket Korea Utara

SEOUL: Tentera Laut Korea Selatan pada Jumaat melancarkan operasi menyelamat untuk mencari dan mengeluarkan serpihan daripada roket Korea Utara yang gagal dilancarkan, kata seorang jurucakap tentera, Jumaat.

"Kami telah memastikan di mana serpihan itu jatuh dan kami sedang berusaha untuk melakukan kerja menyelamat," jurucakap Ketua Bersama Staff memberitahu AFP.

Pengumuman dibuat Korea Utara minggu lepas dengan amaran agar tidak melakukan operasi sedemikian.

"Jika sesiapa ... cuba untuk menembak jatuh atau menyelamatkan serpihan roket kami, kami akan bertindak balas dengan kejam," kata Ahli Jawatankuasa Pyongyang yang menjaga hubungan antara Korea.

Agensi berita Yonhap berkata lebih dari sepuluh kapal pasukan Korea Selatan yang kebanyakannya dilengkapi dengan sonar dan disokong oleh penyelam menggeledah kawasan tersebut.

"Kami percaya beberapa bahagian besar berada di dasar laut," kata jurucakap itu.

Kedalaman laut antara 70 dan 100m (230 dan 330 kaki) menjadikan pencarian mengambil bahagian besar serpihan munasabah, Yonhap berkata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain