suria

Ulang Tahun Ke-100 Kapal Titanic Tenggelam

Halifax memperingati ulang tahun ke-100 insiden kapal Titanic tenggelam pada 14 April 2012 dalam satu upacara di Grand Parade square. Persembahan ini adalah sebagai penghormatan kepada mangsa dan insiden yang berlaku, yang akan diingati sepanjang bulan di Britain, Kanada, Ireland dan Amerika Syarikat. Foto AFP

HALIFAX (Kanada): Ulang tahun ke-100 tragis ikon kapal penumpang Titanic diingati dalam upacara di seluruh dunia pada Ahad, yang turut melibatkan mereka yang mempunyai keturunan daripada mangsa-mangsa memberi penghormatan.

Acara-acara yang menandakan bencana itu bermula di Halifax, Kanada, sebuah bandar pelabuhan di mana kapal-kapal belayar untuk mencari mayat-mayat dari perairan Atlantik yang berais di mana 150 daripada 1,514 mangsa tragedi Titanic telah disemadikan.

Bagaimanapun, tempoh seratus tahun itu menjadi satu acara global di kalAngan artis, saintis dan muzium yang terlibat dalam persediaan dengan upacara memperingatinya sepanjang bulan di Britain, Kanada, Ireland Utara dan Amerika Syarikat.

Selepas satu abad pelanggaran Titanic dengan bongkah ais, lebih daripada 1,700 penumpang di dua kapal pelayaran –iaitu Balmoral MS dari Southampton dan Azamara Journey dari New York - merancang untuk bertemu di lokasi di mana Titanic tenggelam ke dasar laut.

Kedua-dua kapten kapal akan membuat pengumuman sebagai tanda memperingati kejadian perlanggaran yang berlaku dan panggilan kecemasan akan dibunyikan.

Penumpang kemudiannya merancang untuk menaburkan bunga ke laut pada pukul 2.20 awal pagi waktu tempatan, sebagai tanda waktu kapal Titanic tenggelam, kira-kira 800 kilometer dari tenggara Halifax.

Titanic dibina di Belfast di Ireland Utara, dan belayar dari pelabuhan Southampton, England ke New York, Amerika Syarikat sewaktu tragedi itu berlaku. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain