suria

Bayi Diculik Selepas Ibunya Ditembak Mati Ditemui

TEXAS: Seorang bayi baru lahir dan telah diculik dari ibunya yang mati selepas ditembak berkali-kali di luar pejabat doktor di Texas telah ditemui selamat, kata penyiasat.

Bayi sihat berusia tiga hari itu ditemui kira-kira enam jam selepas ibunya ditembak selepas pergaduhan di tempat letak kereta, kata peguam, Brett Ligon.

Ligon bagaimanapun tidak menyatakan di mana mana bayi itu ditemui, tetapi dia berkata, bayi itu telah diserahkan semula kepada bapanya.

Seorang telah ditahan susulan kejadian, walaupun tiada caj telah difailkan, kata Ligon.

Ibu berusia 28 tahun, Kayla Marie Golden, bersama anak lelakinya meninggalkan pusat pemeriksaan apabila dia bertelingkah dengan seorang wanita dalam kereta Lexus yang meletakkan kenderaan berhampiran traknya, menurut polis, Lt. Dan Norris.

Saksi berkata, wanita itu menembak Golden berulang kali, mengambil bayi dan terus memecut, meninggalkan wanita yang tenat sambil menjerit "Bayi saya" dan cuba untuk masuk ke dalam kereta, kata Norris.

Saksi juga melaporakan mendengar sebanyak tujuh tembakan dan berkata seorang lelaki juga berada di dalam kereta yang sama.

Artikel Lain