suria

Bekas Pejuang Kemerdekaan Timor Leste Menang Jawatan Presiden

Jose Maria Vasconcelos. Foto EPA
Jose Maria Vasconcelos. Foto EPA
Jose Maria Vasconcelos. Foto EPA

DILI: Bekas pejuang kemerdekaan, Jose Maria de Vasconcelos telah dipilih sebagai Presiden, jawatan yang penting untuk menggalakkan kestabilan di salah satu, dan yang terbaru bagi negara yang paling miskin di Asia.

Keputusan pemilihan menunjukkan Vasconcelos, yang juga dikenali sebagai Taur Matan Ruak, memenangi kira-kira 61 peratus undi dengan kira-kira 98 peratus daripada kertas undi yang dikira, kata pegawai suruhanjaya pilihan raya kerajaan, Tomas Cabral kepada pemberita.

Cabral berkata, Ruak menewaskan seorang lagi bekas pejuang kemerdekaan, Francisco Guterres "Lu Olo", dari parti pembangkang Fretilin yang memenangi 38.8 peratus undi dalam persaingan pada Isnin.

"Pengiraan masih dikemaskini tetapi menunjukkan Taur Matan Ruak mendapat majoriti undi," kata Cabral.

Presiden memainkan peranan kecil dalam membuat dasar tetapi adalah penting untuk menggalakkan kestabilan di negara itu yang mencapai kemerdekaan dari Indonesia pada tahun 2002 selepas mengalami tahun perjuangan berdarah, dan kemudian dikejutkan oleh pergolakan kelompok.

"Beliau boleh menjadi presiden yang akan menyatukan semua kuasa politik," kata jurucakap beliau, Fidelis Magalhães, pada sidang akhbar. - REUTERS

Artikel Lain