suria

Unjuran KDNK German Tahun Ini Naik Kepada 0.9%

BERLIN: Institusi ekonomi terkemuka berkata, ekonomi Jerman meningkat walaupun kegawatan melanda ekoran krisis hutang Eropah.

Institusi itu meramalkan unjuran pertumbuhan negara itu pada tahun ini kepada 0.9 peratus berbanding 0.8 peratus pada tempoh terakhir Oktober lalu.

Menurut laporan yang dikeluarkan dua kali setahun, pakar-pakar ekonomi berkata, langkah-langkah yang diambil oleh para pemimpian Kesatuan Eropah (EU) telah meredakan pergolakan dalam pasaran kewangan, dan keadaan ekonomi yang tidak menentu berkurangan mempengaruhi pertumbuhan tersebut.

Perniagaan Jerman lebih optimistik dan kadar pengangguran rendah membuatkan pengguna lebih yakin dan bersedia untuk berbelanja.

Bagaimanapun, pakar ekonomi berkata, kos pinjaman yang tinggi untuk Sepanyol dan Itali menunjukkan bahawa hutang dan krisis yang berlaku akan berterusan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain