BEIJING: Pihak berkuasa China telah membebaskan 21 nelayan warga Vietnam yang selama lebih sebulan di sebuah pulau yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.Pegawai rasmi Agensi Berita Xingua pada Jumaat berkata, berdasarkan Biro Perikanan Laut China Selatan, nelayan yang dibebaskan selepas mereka menulis satu jamin secara bertulis bahawa tidak akan melanggar hak-hak maritim China terutama perikanan, di perairan negara itu. Pasukan keselamatan China memintas dua bot nelayan pada awal Mac lalu, berhampiran kepulauan Paracel, yang dikenali di China sebagai kepulauan Xisha.Vietnam berkata, penahanan nelayan itu melanggar kedaulatan Vietnam yang turut terlibat dalam pertikaian pulau itu dan menuntut pembebasan mereka. - AP