suria

Hollande Dahului Sarkozy Pada Pusingan Pertama Pilihan Raya Presiden

PARIS: Francois Hollande wakil parti Sosial Perancis berjaya mendapatkan undi terbanyak dalam pusingan pertama pilihan raya presiden dengan menewaskan lawannya Nicolas Sarkozy.

Bagaimanapun, hampir satu per lima pengundi yang memilih seorang lagi calon, Marine Le Pen bakal menentukan keputusan siapakah calon yang layak memenangi pertarungan tersebut pada 6 Mei ini.

Hollande sememangnya dilihat sebagai calon utama untuk memenangi pertarungan dengan Sarkozy pada pusingan pertama.

Sekiranya Hollande menang pada pusingan kedua, beliau bakal menjadi presiden daripada Parti Sosialis buat kali pertama sejak 1955.

Pemilihan beliau bakal mengubah landskap ekonomi dan politik Eropah.

Apa yang mengejutkan adalah peratusan keluar mengundi adalah tinggi iaitu lebih daripada 80 peratus walaupun kempen yang memfokuskan kepada usaha mengembalikan dasar-dasar yang lama gagal untuk menyakinkan pengundi.

Artikel Sebelum

Sudan Isytihar Perang

Artikel Berikut

Artikel Lain