suria

Ban Jumpa Suu Kyi Buat Kali Pertama Hujung Minggu Ini

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon pada Selasa, berkata beliau akan melawat Myanmar untuk menyokong pembaharuan demokratik dan memberi sokongan kepada pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi, untuk mengangkat sumpah sebagai timbalan.

Ban dijangka tiba di Yangon pada hujung minggu ini dan bertemu dengan Suu Kyi, untuk kali pertama, serta Presiden Thein Sein.

Ban berkata kepada pemberita, Myanmar sudah mencapai saat getir.

"Kini adalah masa untuk masyarakat antarabangsa berdiri bersama-sama Myanmar," katanya.

Artikel Lain