BANGKOK: Kira-kira 860,000 murid tahun satu di Thailand yang dijanjikan komputer riba percuma setiap seorang apabila penggal baru persekolahan bermula pertengahan bulan depan kini terpaksa menunggu lebih lama.Keadaan itu timbul berikutan kerajaan dan pembekal komputer dari China, Syarikat Pembangunan Data Santifik Shenzhen, masih dalam proses merangka kandungan perjanjian selepas majlis memeterai perjanjian itu ditangguh beberapa kali sebelum ini. Menteri Penerangan dan Teknologi Komunikasi Thailand, Anudith Nakornthap berkata ketika ini masih belum jelas bila perjanjian kontrak itu dapat dimeterai kerana semua dokumen wajar sedang disediakan."Fasa pertama bekalan komputer tablet dijangka sampai ke sekolah pada Julai ini," katanya di sini Khamis.Ekoran perkembangan terbaru itu, Kementerian Pelajaran telah menggerakkan pelan kontingensi dengan menyediakan buku teks untuk pelajar Tahun Satu.Semasa kempen pilihan raya tahun lepas, Perdana Menteri Yingluck Shinawarta menjanjikan komputer riba kepada setiap murid sekolah Tahun Satu pada pembukaan sesi persekolahan baru tahun ini. - BERNAMA