MANILA: Kira-kira 18 ekor penyu dari spesies jarang ditemui yang diseludup ke Hong Kong telah dipulangkan semula ke habitat asalnya di Filipina.Ketua Jabatan Hidupan Liar Filipina, Mundita Lim berkata, haiwan tersebut dirampas di lapangan terbang Hong Kong pada Februari daripada seorang pelajar warga China. Turut dirampas bersama adalah 13 kotak penyu biasa.Spesies penyu tersebut hanya ditemui di Kepulauan Palawan yang terletak di barat daya Manila.Hanya kira-kira 120 penyu lagi berada dalam jagaan jabatan hidupan liar negara itu.Lim berkata haiwan berkenaan diseludup masuk untuk dihadiahkan sebagai haiwan peliharaan ataupun dijadikan makanan.Gabenor Palawan menerima haiwan tersebut di lapangan terbang Manila pada Jumaat.