JAKARTA: Kaji selidik yang dijalankan sebuah badan bebas di sini mendapati Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia sebagai institusi paling rasuah di negara itu.Dalam kaji selidik oleh Soegeng Sarjadi Syndicate (SSS) itu, mendapati gejala rasuah di DPR lebih tinggi daripada yang berlaku di lembaga hasil dalam negeri, pasukan polis dan parti-parti politik. Sebanyak 47 peratus daripada 2,192 responden di 33 negeri yang terlibat dalam kaji selidik itu menyatakan DPR paling tinggi terlibat dalam gejala rasuah, media tempatan melaporkan Ahad.Pengurus SSS, Ari Nurcahyo berkata, amalan rasuah yang berleluasa di DPR sekaligus mengurangkan rasa kepercayaan masyarakat terhadap parti-parti politik Indonesia.Bagi lembaga hasil dalam negeri, 21.4 peratus responden menyifatkan ia dicemari rasuah sementara pasukan polis berada di kedudukan ketiga apabila dipilih oleh 11.3 peratus responden. - BERNAMA