SANDY HOOK (New Jersey): Pasukan pengawal pantai Amerika Syarikat berkata sebuah kapal layar dengan beberapa orang di dalamnya meletup di perairan pantai New Jersey sebelum karam.Laporan awal media menyebut, sekurang-kurangnya tujuh cedera tetapi laporan itu tidak dapat disahkan. Pihak berkuasa berkata, 21 orang berada di atas kapal layar Blind Date sebelum ia meletup tengah hari semalam. Kepal layar berkenaan berada di 27 kilometer nautika dari pantai timur Sandy Hook.Jurucakap pengawal pantai berkata, mereka yang berada di atas kapal berkenaan bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan bot kecemasan. - AP