suria

Dua Gempa Bumi di Afganistan, Tiga Maut

KABUL: Dua gempa bumi memusnahkan berpuluh-puluh rumah di kawasan pergunungan di rantau Hindu Kush, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga penduduk terbunuh manakala ramai lagi terperangkap di bawah runtuhan.

Ketua Jabatan Bencana Alam, Samim Afzali berkata, kira-kira 20 rumah di daerah Burka, wilayah Baghlan musnah manakala seramai 60 penduduk terperangkap di bawah runtuhan.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa pertama sekuat 5.4 skala Richter dengan kedalaman 48 kilometer dan berpusat kira-kira 160 kilometer ke barat daya pekan Faizabad manakala 25 minit kemudian, gempa kedua menyusul dengan kekuatan 5.6 magnitud. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain