MANILA: Hujan dua hari mengakibatkan banjir di beberapa kampung dan bandar serta memaksa hampir 700 orang di selatan Filipina meninggalkan rumah mereka.Ketua agensi tindak balas bencana Filipina berkata, seorang lelaki yang tidak dikenali lemas di bandar Glan di wilayah Sarangani. Benito Ramos berkata bahagian Sarangani, Cotabato Utara, Maguindanao dan wilayah Sultan Kudarat mengalami banjir pada Selasa, selepas hujan lebat selama dua hari, diikuti ribut tropika.Sekurang-kurangnya 680 orang melarikan diri dari rumah mereka dan sedang berlindung di gimnasium awam.Pasukan tentera dan pasukan penyelamat sedang memantau 17 bandar yang sering dilanda banjir di sekitar Marsh Liguasan.Terdapat ira-kira 20 ribut tropika dan taufan di Filipina setiap tahun.