Putera Salman.RIYADH: Putera Arab Saudi, Salman pada Selasa dilantik sebagai pewaris takhta Raja Abdullah yang baru selepas kemangkatan Putera Mahkota Nayef, Sabtu lalu.Stesen televisyen Al-Ekhbariyah melaporkan, kerabat diraja itu turut melantik Salman sebagai Putera Mahkota yang baru dan Timbalan Perdana Menteri serta dikekalkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan. Manakala, adik Salman, Putera Ahmed Abdulaziz dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.Putera Ahmad pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk beberapa dekad di bawah pemerintahan Nayef.Sementara itu, Raja Abdullah kekal sebagai Perdana Menteri.