BEIJING: Gempa kuat 6.3 magnitud menggegarkan Wilayah Xinjiang di barat daya China, awal pagi Sabtu.Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (uSGS), gempa di kedalaman 9.8 kilometer itu terletak di 99 kilometer dari selatan Bandar Dushanzi. Setakat ini, belum ada laporan mengenai mangsa yang cedera atau kerosakan yang dialami berikutan gempa yang berlaku jam 5.07 minit pagi waktu tempatan itu.AP dalam laporannya berkata, Pusat Rangkaian Gempa Bumi China bagaimanapun mengeluarkan ukuran gempa 6.6 skala Richter.Sementara itu, sekurang-kurangnya 17 orang cedera manakala seorang parah dilaporkan setakat ini.Kebanyakan mangsa terbabit cedera selepas rumah mereka ranap akibat gempa.