suria

Al-Qaeda Siar Video Kedua Pegawai Kanan Arab Saudi Yang Diculik

KAHERAH: Anggota militan Al-Qaeda di Yaman menyiarkan video kedua seorang pegawai kanan Arab Saudi yang diculik kumpulan terbabit secara online pada Isnin.

Video dengan durasi tiga minit itu menunjukkan lelaki yang dikenali sebagai Abdullah Mohammed Khalifa al-Khaldi meminta agar kerajaan Arab Saudi menyelamatkan nyawanya dengan memenuhi permintaan kumpulan tersebut.

Mangsa culik itu mendakwa beliau bekerja sebagai timbalan konsul Arab Saudi di Aden, bandar utama selatan Yaman yang diculik pada Mac lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk mengenai penculiknya dalam kedua-dua video tersebut.

Beliau turut bertanya kepada Raja Arab Saudi mengapa kerajaan itu enggan membebaskan anggota wanita kumpulan tersebut yang ditahan seperti yang dituntut penculiknya.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, tuntutan itu termasuk pembayaran sejumlah wang tebusan dan pembebasan beberapa anggota kumpulan tersebut yang ditahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain