KABUL: Amerika Syarikat (AS) telah menamakan Afghanistan sebagai "sekutu utama bukan-NATO", status yang akan memudahkan kerajaan Afghanistan untuk memperoleh kelengkapan pertahanan AS , pegawai AS berkata pada Sabtu.Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton mengumumkan keputusan rasmi yang dibuat oleh Presiden Barack Obama semasa lawatan ke Afghanistan yang tidak diberitahu menjelang persidangan di Tokyo.