LONDON: Syarikat Samsung dari Korea Selatan pada Isnin, menang dalam perebutan paten terhadap pesaingnya dari Amerika Syarikat (AS) Apple, apabila hakim British membuat keputusan bahawa tablet Samsung Galaxy tidak cukup 'sama', untuk dikelirukan dengan iPad keluaran Apple.Mahkamah tinggi di Britain memutuskan tablet Galaxy yang dibuat oleh Samsung, syarikat elektronik terbesar di dunia, tidak melanggar reka bentuk berdaftar Apple dan pengguna tidak mungkin keliru dengan tablet iPad. "Mereka tidak mempunyai reka bentuk sama dan persamaan melampau yang dimiliki oleh reka bentuk Apple," Hakim, Colin Birss berkata ketika keputusan mahkamah dibuat."Mereka tidaklah sama."iPad memegang sekitar 65 peratus pasaran komputer tablet global, dengan Galaxy Samsung membuat sekitar enam peratus jualan global, menurut penyelidik.Seorang jurucakap Samsung mengalu-alukan penghakiman itu dan memberi amaran kepada lawannya terhadap tindakan undang-undang selanjutnya.Apple dan Samsung terlibat dalam perebutan paten antara satu sama lain di mahkamah antarabangsa, dengan kedua-dua syarikat bersaing untuk kepentingan yang lebih besar dalam pasaran telefon pintar dan tablet.