suria

Jualan Suku Pertama Marks & Spencer Merosot

LONDON: Peruncit pakaian Britain iaitu Marks & Spencer (M&S) pada Rabu berkata, jualannya pada suku pertama merosot menyaksikan kedudukan dagangan yang sukar.

Jualan keseluruhan menyusut 0.7 peratus bagi 13 minggu sehingga 20 Jun, berbanding tempoh yang sama untuk tahun kewangan sebelumnya, kata M&S dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London.

Sementara itu, jualan bagi gedung-gedungnya di Britain merosot 0.9 peratus bagi suku pertama.

Jualan makanan di Britain berkembang 0.6 peratus bagi tempoh berkenaan, tetapi pakaian dan kelengkapan umum merosot 6.8 peratus, menyaksikan prestasi terburuk sejak Disember 2008.

“Perniagaan makanan kami sekali lagi menunjukkan prestasi yang kukuh. Kelengkapan umum tidak mencatatkan prestasi yang baik berikutan musim dagangan yang begitu sukar,” kata ketua pegawai eksekutifnya, Marc Bolland. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain