suria

Ahli Astronomi Kenal Pasti Bukti Pertama Galaksi Gelap

SANTIAGO: Ahli astronomi di Chile yang menggunakan teleskop berkuasa tinggi telah mengenal pasti bukti kewujudan galaksi gelap, European Southern Observatory (ESO) mengumumkan pada Rabu.

Galaksi gelap adalah kecil, kaya dengan gas dipercayai menjadi penghadang kepada pencahayaan hari ini, galaksi yang mempunyai bintang, menurut ESO, organisasi antara kerajaan yang disokong oleh 15 negara.

"Buat pertama kali, galaksi gelap - fasa awal pembentukan galaksi yang diramalkan oleh teori tetapi masih belum dapat dikenal pasti sehingga sekarang - mungkin telah dikesan," ESO berkata dalam satu kenyataan.

"Menggunakan "Teleskop ESO Sangat Besar", sebuah pasukan antarabangsa berpendapat mereka telah mengesan objek yang sukar difahami ini dalam keadaan bercahaya kerana mereka diterangi oleh kuasar (objek di galaksi yang bergemerlapan)," katanya.

ESO ialah balai cerap astronomi yang paling maju di dunia, dan beroperasi tiga tapak di Chile.

Teleskop Sangat Besar (VLT) boleh melihat objek 4 juta kali berbanding objek yang dilihat dengan mata kasar - ditempatkan di tapak Paranal ESO di Gurun Atacama Chile.

ESO disokong oleh Austria, Belgium, Brazil, Britain, Republik Czech, Denmark, Perancis, Finland, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden dan Switzerland. - AFP

Artikel Lain