suria

Lapan Cedera Dalam Serangan Bom Ke Atas Kenderaan Berperisai

BANGKOK: Tujuh anggota renjer cedera apabila kenderaan berperisai (APC) yang membawa mereka terkena bom di Kampung Jenerong Berah, Tanjungmas, Raget, Narathiwat.

Komander Renjer Divisyen 45 Kol Chalem Sutinual berkata pihak pemisah meletupkan bom buatan sendiri seberat 50 kg ketika APC itu melakukan rondaan di kawasan tersebut pada 5.30 petang.

"Ini adalah kali pertama APC rosak terkena serangan bom yang kuat. APC itu terbalik akibat letupan yang sungguh kuat," katanya.

Seorang orang awam turut cedera akibat terkena serpihan bom. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain