suria

CEO Amazon Beri AS$2.5 Juta Untuk Undang-Undang Perkahwinan Gay

SEATTLE: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEP) Amazon.com, Jeff Bezos mengumumkan pada Jumaat mengenai pemberian sebanyak AS$2.5 juta (RM7.9 juta) untuk kempen mempertahankan undang-undang perkahwinan gay di Washington.

Bulan lepas, CEO Microsoft, Steve Ballmer dan pengasas bersama Bill Gates masing-masing menyumbangkan AS$100,000 (RM316,189) untuk kempen yang menyokong undang-undang itu.

Kesatuan untuk Perkahwinan Washington berkata, ia telah mengumpulkan lebih AS$5 juta (RM15.08 juta) untuk Referendum dalam pengundian pada November.

Referendum itu diletakkan pada pengundian selepas terdapat lebih 240,000 tandatangan yang membantah perkahwinan gay.

Ia melihat perubahan dalam undang-undang perkahwinan gay pada Februari oleh Gabenor, Chris Gregoire.

Undang-undang itu sepatutnya berkuat kuasa pada 7 Jun tetapi telah ditunda.

Perkahwinan gay menjadi pertikaian di beberapa negeri. - AP

Artikel Lain