suria

Tembakan Di Pawagam: Wanita Cedera Parah Dan Kematian Anak Alami Keguguran

DENVER: Seorang wanita yang cedera parah dalam tembakan di pawagam Colorado yang menyebabkan anak perempuan berusia 6 tahun meninggal dunia telah mengalami keguguran.

Keluarga Ashley Moser dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata bahawa dia sedang beransur pulih daripada pembedahan tetapi mengalami trauma akibat keguguran.

Jacki Kelley dari pejabat sheriff Jefferson County enggan memberikan butiran lanjut dan berkata keluarganya menolak untuk bercakap dengan media.

Anak perempuan Moser, Veronica Moser-Sullivan, adalah mangsa yang paling muda terbunuh dalam serangan yang berlaku pada tayangan tengah malam filem baru Batman di Aurora, Colorado, lebih seminggu yang lalu.

Moser mengalami luka terkena tembakan pada leher dan perutnya.

Seorang ahli keluarga berkata mereka tidak memberitahunya tentang kematian Veronica.

Keluarganya juga berkata urusan pengebumian jenazah untuk pelajar perempuan itu masih belum selesai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain