SEOUL: Seorang doktor warga Korea Selatan mengakui membuang mayat seorang pesakit selepas membunuhnya secara tidak sengaja dengan menyuntik ubat penenang.Polis berkata, mereka mengeluarkan waran tangkap ke atas doktor berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Kim. Kim bertugas di sebuah hospital di daerah Gangnam, selatan Seoul.Mangsa berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Lee menghubungi Kim selepas mengadu menghadapi kesukaran untuk tidur.Kim bagaimanapun menyuntik lima miligram dos ubat penenang tanpa preskripsi untuk mengurangkan masalah sukar tidur yang dihadapi Lee.Dalam keterangannya, Kim mendapati denyutan nadi Lee terhenti apabila dia kembali memeriksa keadaan pesakitnya itu.Selepas cuba memberikan bantuan pernafasan, Kim kemudiannya memberitahu dia meletakkan mayat tersebut di atas kerusi roda dan menutup muka Lee dengan topeng pembedahan.Kim memandu kereta Lee ke taman berdekatan dan meninggalkan mayatnya di situ.